Kisah Mama..

Assalamualaikum w.b.t.

Di sini aku ingin berkongsi cerita dengan kalian semua..tentang pemergian ibu tercintaku.. Alhamdullillah aku tersangat bersyukur kerana diberi peluang oleh Allah s.w.t. untuk menjaga mama sehinggalah di saat terakhirnya... Terima kasih juga kepada rakan taulan dan sanak saudara yang menyokongku selama ini...

Rabu, 24 Feb 2010

Aku pulang dari opis seperti biasa...Kaki melangkah masuk ke dalam rumah..Kelihatan mama ku seperti biasa menjaga Farah..Kepulanganku disambut dengan senyuman Farah yang ceria....hari seperti biasa juga..Tapi di sini detik itu bermula...

"Along, mama sakit perut lah. Tadi lapar, makan lebih sikit", adu mama.
Aku dengar endah tak endah. Fikirku ia hanyalah sakit perut seperti kebiasaannya..

Waktu berjalan lancar. Aku perlahan menuju ke arah mama.

"Mama, sapu jap minyak rambut ni", pintaku. Dengan lantas mama menyapu tanpa banyak soal.. Masih terasa lagi kelembutan mama mengusap rambutku..Tiba-tiba tangan mama terhenti.

"Along, xlarat dah la", ujar mama. Aku menggangguk perlahan tanda faham.

Pada waktu itu, jam menunjukkan pukul 8.30 malam. Tiba-tiba, mama ke bilik air. Muntah.. Habis keluar segala isi perut... mama kelihatan penat. Aku ingat muntah biasa. tetapi muntah mama tidak berkurang. Makin banyak yg keluar. Ku kira setengah jam sekali mama muntah.

Aku kesian tengok mama. Suami aku pulak xbrapa sihat. Mama kata ajak la jiran sebelah hantar ke hospital. tetapi suamiku kata biarlah dia yang hantar. Kami menuju ke hospital s.jaya agak2 jam 11 malam. Selepas mama diberi rawatan, cucuk ubat, kami pun balik semula ke rumah. Ku kira keadaan mama akan pulih. Tetapi, mama masih lagi muntah. Kesian mama menahan sakit.

"Along, esok xpayah la pegi kerja. mama betul2 xlarat nak jaga Farah" , pinta mama.
"Kita tengok dulu esok k. Klu tak along minta balik awal", jawabku. waktu itu mama masih lagi muntah hingga ke pagi.

Jam 5.30 pagi, aku bangun seperti biasa. Bersiap untuk pergi kerja. Mama masih lagi muntah. Aku kesian tengok mama. tak sampai hati meninggalkan mama dalam keadaan yang macam tuh. Lalu aku pun menelefon Farhana untuk bagitau yang aku EL. Waktu itu, mama masih lagi muntah....

Pagi itu, kira-kira jam 9 pagi. Aku bawa mama ke klinik. Kata mama klu nak ke hospital lambat. ramai orang. Aku bawa juga anak aku bersama. Adikku pergi kerja. Setelah mengambil ubat di klinik, aku pun balik semula ke rumah. Tapi keadaan mama makin teruk. Muntahnya tidak juga hilang. Malah makin teruk. Makin lemah keadaan mama. Atas nasihat k.za jiranku, aku bawa pulak mama ke hosp k.b. waktu itu jam 12.30 tghr. Ku usung juga Farah anak aku.. Dalam keadaan panas terik. Aku kesiankan mama..

Setelah drip air dalam masa 2 jam, pihak hospital beritahu, mama kena tahan wad. Lantas ku telefon adik ku supaya bersedia untuk jaga mama di hospital. Malam itu, mama bermalam di hospital bersama adik.. Mama masih lagi muntah...

Jumaat, 26 Feb 2010

Aku dalam perjalanan ke hospital bersama suami dan anakku.. Niat untuk melawat mama. Tapi adikku sms mengatakan mama boleh keluar wad.. Tapi ku lihat keadaan mama masih tidak berubah. Mama masih lagi muntah.. Masih lagi lemah. Doktor bagitau keadaan mama ok. Keputusan darah dan kencing ok. Semua ok.. Tapi ku lihat mama xok. tak pa lah mama, kami pun bersiaplah untuk pulang ke rumah.

Petang itu, ramai sedara yang datang melawat mama. Mak ngah, pak ngah, mak uda, pak uda sekeluarga.. Kulihat mama masih lemah. Ye lah dah 3 hari tidak menjamah sebarang makanan. Apa yg masuk ke dalam mulut, akan keluar kembali... mama, sian mama...

Bila diorang semua balik, mak tih dan tok wan dari baling pulak datang melawat. Ku lihat keadaan mama makin teruk. Diorang nasihat supaya bawa mama balik ke hosp.. Tapi bukan hosp K.b tetapi hosp S.jaya.. Jam 8.30 mlm aku bawa mama ke hospital... Farah ku tinggalkan di rumah bersama adikku...

Setibanya di hosp, keadaan di sana agak sesak. Ramai ada di situ. Menunggu giliran mama untuk mendapatkan rawatan agak lama. Di situ jugak lah entah ke berapa kali mama muntah.. sian mama. Bila tiba masa mama, aku menemani mama berjumpa doktor. Ambil darah, kencing dan segalanyanya... Tangan mama yang kelihatan urat dan tulang dicucuk nurse.. Mama ditempatkan di wad pemerhatian. Kata mereka, mama akan masuk air sebanyak 3 botol.. Aku minta kat mama nak keluar makan. Ku tinggalkan mama di situ... Bermulalah detik mama... Sian mama...

No comments: