Kisah Mama 3..

Samb..

Isnin, 1 Mac 2010

Aku pegi opis seperti biasa.. Ku kirim sms bertanyakan tentang mama kepada adikku.. Ku nasihatkan adikku supaya jaga mama baik2.. Waktu ayah sakit dulu aku yg jaga ayah, sekarang giliran adik pula jaga mama.. Ku pesan jaga mama sehabis baik... korbankan tenaga kita..demi mama.. Adik menerima nasihatku. Ku harap adikku tabah waktu itu... Keadaan adik juga tidak menentu.. Sian adik...

Aku tidak sedap hati bila di opis... lalu ku ambil time off setengah hari... biar aku kena marah dengan guard kat hos pun.. janji aku dekat dengan mama..bila time melawat habis, aku duduk di surau.. bila tiba masa melawat petang, aku duduk bersama mama hingga habis waktu..

Keadaan mama masih jugak macam tu..bertambah teruk muntahnya..kali ini muntah mama bertukar hijau..segala asid yang ada di dalam perut abis keluar...

Dalam pada masa itu juga, aku minta surau di flat aku adakan bacaan yasin untuk mama dan juga solat hajat.. terima kasih kalian semua... terima kasih banyak...

Selasa, 2 Mac 2010

Aku pegi lagi ke opis..kali ini lagi aku gelisah.. Adik hantar sms kepada ku.. katanya, mama kena masukkan tiub ke dalam hidung.. mama xperlu muntah lagi melalui mulut..kata mama, lega skit, kalau lah dr mula2 lagi kan ok..Nak wat macam mana mama... kita xtahu semua tu... doc yg decide semua tuh... Adik juga kirimkan gambar mama..aku tak sampai hati tengok mama... sian mama... aku amik lagi time off, kali ini awal lagi jam 12 aku dah blk...

Setibanya aku di hospital, aku sayu tengok mama... aku terus nangis depan mama.. tak tertahan dah rasanya... mama kata xpa...sikit ja nih.. kuatnya semangat mama... ku minta mama baca doa .. mama ikut perlahan..Ku bagi mama mandi, ku bagi mama minum.. itu yg terdaya...

Mama mengadu panas.. mama minta aku belikan kipas angin.. aku janji dengan mama malam ni aku akan hantar kipas angin kat mama..ku tinggalkan mama dan adik... tunggu ye mama, along bawakan kipas angin kat mama k... jaga diri.. i love u...

10.30 malam

selesai kami makan, kami terus ke mama.. farah tdo dalam kereta.. Jadi abang yg hantarkan kipas angin kat mama... moga mama xpanas malam ni ...

Agak2 dalam jam 2 pagi, aku dapat panggilan dari adik.. hati ku berdebar2.. ku dengar suara adik perlahan..rupanya adik menangis...adik kata mama tiba2 sakit perut teramat sangat... lantas aku terus ke hospital pagi tu jugak.. mama..sian mama... ku tunggu doktor datang. ada masalah di bahagian xray.. mama kena tunggu xray sehingga jam 5 pagi.. waktu itu ramai doktor yang datang.. barulah korang semua nak sibuk..sebelum nih x.. aku faham prosedur..xsalahkan sesiapa...

Rabu, 3 Mac 2010

Pagi tuh doc kata mama kena operate... lemah lutut aku.. mama ditukarkan ke wad 8.. wad pembedahan.. sian mama.mama makin lemah... sejak itu, aku tak tinggalkan mama... pandangan mata mama lemah.. doc panggil aku.. katanya, usus mama bocor... ini berkaitan dengan kes mama dulu parut mama operate buang rahim terlekat pada usus.. Masyaallah... sian mama... patut lah mama xtertahan menanggungnya.. di saat itu, aku, adik n abg ada bersama... sempat mama kata, farah biarlah mak cik anum yg jaga..
aku tandatangan kebenaran waris dengan tangan yg terketar2.. xpe mama..moga mama sihat selepas nih... ku iring mama ke wad pembedahan...waktu itu jam 3.30 petang... aku tak henti baca yasin..moga2 pembedahan itu berjaya... mama, along sayang mama..

Kisah Mama 2..

Samb..

Jam 1 pagi aku pergi semula kat mama. Rupanya mama nak kena tahan wad. nasib baik aku sampai kat situ elok2 jer.. Aku ikut nurse bw mama naik ke atas wad.. waktu itu kira2 jam 2 pagi.

" mama, along tak dapat teman mama malam ni.. Xpe mama, sekarang dah pulul 2, esok pagi2 along mai dengan adik k", jelasku.

"Mama tahan tau...Bye mama, along sayang mama..esok kita jumpa k..."

Sayu ku tinggalkan mama sendirian kat situ.. Maafkan along ye mama...


Sabtu, 27 Feb 2010 & Ahad, 28 Feb 2010

Keadaan mama masih lagi seperti itu.. Masih lagi muntah2.. Aku kirimkan sms kepada semua, maklumkan mama masuk wad.. Semua datang melawat.. Tok aku pun datang.. Sedara sebelah baling semua datang..

Mama bertanyakan tentang farah.. Aku tahu sayang mama pada farah melebihi sayangnya pada kami anak2 dia... Mujur anak ku tak banyak ragam... Ku bawa jugak farah masuk ke dalam wad.. Kebiasaan aku, aku xtakan bw farah masuk wad... Tapi demi mama... farah nagis tengok mama. Sekecil2 farah pun tahu merasa... farah baru jer 1 tahun 8 bulan.. bila dia tengok nurse datang cucuk, masukkan ubat, dia nangis.. kata sakitt.... sebelum balik ku tak lupa untuk cium mama.. Ku dukung farah, bagi dia cium mama puas2... Farah pun cium mama xabis2...

Mama ada bertanyakan siapa yang akan mengasuh farah esok.. Kataku mak cik anum.. Jiranku.. Mama kata, farisya, budak yang mak cik anum mengasuh, takutkan farah... ku lihat, wajah susah hati mama..Aku pujuk mama, xpe..untuk sementara saja...mama angguk kepala perlahan..tanda setuju...

Kisah Mama..

Assalamualaikum w.b.t.

Di sini aku ingin berkongsi cerita dengan kalian semua..tentang pemergian ibu tercintaku.. Alhamdullillah aku tersangat bersyukur kerana diberi peluang oleh Allah s.w.t. untuk menjaga mama sehinggalah di saat terakhirnya... Terima kasih juga kepada rakan taulan dan sanak saudara yang menyokongku selama ini...

Rabu, 24 Feb 2010

Aku pulang dari opis seperti biasa...Kaki melangkah masuk ke dalam rumah..Kelihatan mama ku seperti biasa menjaga Farah..Kepulanganku disambut dengan senyuman Farah yang ceria....hari seperti biasa juga..Tapi di sini detik itu bermula...

"Along, mama sakit perut lah. Tadi lapar, makan lebih sikit", adu mama.
Aku dengar endah tak endah. Fikirku ia hanyalah sakit perut seperti kebiasaannya..

Waktu berjalan lancar. Aku perlahan menuju ke arah mama.

"Mama, sapu jap minyak rambut ni", pintaku. Dengan lantas mama menyapu tanpa banyak soal.. Masih terasa lagi kelembutan mama mengusap rambutku..Tiba-tiba tangan mama terhenti.

"Along, xlarat dah la", ujar mama. Aku menggangguk perlahan tanda faham.

Pada waktu itu, jam menunjukkan pukul 8.30 malam. Tiba-tiba, mama ke bilik air. Muntah.. Habis keluar segala isi perut... mama kelihatan penat. Aku ingat muntah biasa. tetapi muntah mama tidak berkurang. Makin banyak yg keluar. Ku kira setengah jam sekali mama muntah.

Aku kesian tengok mama. Suami aku pulak xbrapa sihat. Mama kata ajak la jiran sebelah hantar ke hospital. tetapi suamiku kata biarlah dia yang hantar. Kami menuju ke hospital s.jaya agak2 jam 11 malam. Selepas mama diberi rawatan, cucuk ubat, kami pun balik semula ke rumah. Ku kira keadaan mama akan pulih. Tetapi, mama masih lagi muntah. Kesian mama menahan sakit.

"Along, esok xpayah la pegi kerja. mama betul2 xlarat nak jaga Farah" , pinta mama.
"Kita tengok dulu esok k. Klu tak along minta balik awal", jawabku. waktu itu mama masih lagi muntah hingga ke pagi.

Jam 5.30 pagi, aku bangun seperti biasa. Bersiap untuk pergi kerja. Mama masih lagi muntah. Aku kesian tengok mama. tak sampai hati meninggalkan mama dalam keadaan yang macam tuh. Lalu aku pun menelefon Farhana untuk bagitau yang aku EL. Waktu itu, mama masih lagi muntah....

Pagi itu, kira-kira jam 9 pagi. Aku bawa mama ke klinik. Kata mama klu nak ke hospital lambat. ramai orang. Aku bawa juga anak aku bersama. Adikku pergi kerja. Setelah mengambil ubat di klinik, aku pun balik semula ke rumah. Tapi keadaan mama makin teruk. Muntahnya tidak juga hilang. Malah makin teruk. Makin lemah keadaan mama. Atas nasihat k.za jiranku, aku bawa pulak mama ke hosp k.b. waktu itu jam 12.30 tghr. Ku usung juga Farah anak aku.. Dalam keadaan panas terik. Aku kesiankan mama..

Setelah drip air dalam masa 2 jam, pihak hospital beritahu, mama kena tahan wad. Lantas ku telefon adik ku supaya bersedia untuk jaga mama di hospital. Malam itu, mama bermalam di hospital bersama adik.. Mama masih lagi muntah...

Jumaat, 26 Feb 2010

Aku dalam perjalanan ke hospital bersama suami dan anakku.. Niat untuk melawat mama. Tapi adikku sms mengatakan mama boleh keluar wad.. Tapi ku lihat keadaan mama masih tidak berubah. Mama masih lagi muntah.. Masih lagi lemah. Doktor bagitau keadaan mama ok. Keputusan darah dan kencing ok. Semua ok.. Tapi ku lihat mama xok. tak pa lah mama, kami pun bersiaplah untuk pulang ke rumah.

Petang itu, ramai sedara yang datang melawat mama. Mak ngah, pak ngah, mak uda, pak uda sekeluarga.. Kulihat mama masih lemah. Ye lah dah 3 hari tidak menjamah sebarang makanan. Apa yg masuk ke dalam mulut, akan keluar kembali... mama, sian mama...

Bila diorang semua balik, mak tih dan tok wan dari baling pulak datang melawat. Ku lihat keadaan mama makin teruk. Diorang nasihat supaya bawa mama balik ke hosp.. Tapi bukan hosp K.b tetapi hosp S.jaya.. Jam 8.30 mlm aku bawa mama ke hospital... Farah ku tinggalkan di rumah bersama adikku...

Setibanya di hosp, keadaan di sana agak sesak. Ramai ada di situ. Menunggu giliran mama untuk mendapatkan rawatan agak lama. Di situ jugak lah entah ke berapa kali mama muntah.. sian mama. Bila tiba masa mama, aku menemani mama berjumpa doktor. Ambil darah, kencing dan segalanyanya... Tangan mama yang kelihatan urat dan tulang dicucuk nurse.. Mama ditempatkan di wad pemerhatian. Kata mereka, mama akan masuk air sebanyak 3 botol.. Aku minta kat mama nak keluar makan. Ku tinggalkan mama di situ... Bermulalah detik mama... Sian mama...

Mengapa Mama Pergi Di Saat Ku masih Memerlukanmu....

Salam Takziah....

Assalamualaikum w.b.t.

Tanggal 7.3.2010 menjadi tarikh yang bersejarah buat diriku.... Mama tersayang meninggalkan aku buat selamanya... Mama yang telah banyak berkorban semenjak ayah tiada..Mama jugalah tempatku bergantung harapan dan semangat...Mama jugalah tempat untuk aku mengadu masalah..Mamalah tempat untuk aku bercerita...Mama telah menjadi seorang ibu mithali, sahabat yang berkongsi segala suka dan duka...

Mama pendengar setia...Mama xpernah merungut bila aku bercerita tentang semua..Walaupun kadang kala cerita itu langsung tidak berkait dengannya...Terima kasih mama!!

Semenjak ayah tiada, Mama lah tempat kami bergantung...Mama bertungkus lumus berusaha mencari rezeki unutk menyara kami dua beranak... Mama cukup tabah... Mama cukup kuat... Semangat dan ketabahan mama menjadi contoh buat kami...Terima kasih mama!!

Mama xpernah rasa letih menyara kami...Walaupun aku telah berkahwin, mama xpernah berhenti untuk menjaga aku...Masak, pakai, semua mama yang uruskan... mama banyak mengajar aku hal rumahtangga...mama xpernah lupakan aku..lupakan adik..lupakan farah, lupakan abg...xpernah sesekali... Kuatnya mama menjaga kami...Terima kasih mama!!

Sunyi rasa rumah bila mama tiada... Tiada lagi tangan lembut yang menggosok aku, tiada lagi tangan yang membelai rambut aku, tiada lagi pipi untuk ku cium, tiada lagi tangan untuk ku kucup setiap pagi sebelum ke pejabat, tiada lagi bau mama yang wangi, tiada lagi tubuh insan yang selalu ku peluk...tiada lagi suara lembut memanggil nama aku... semua telah tiada...Tiada...!!!!!!

Mama, along tersangat merindukan mama... !! tersangat2!!! Aku redha...

Mama, along di sini hanya mampu untuk berdoa demi kesejahteraan mama di sana.. Semoga mama bahagia di sana..Begitu juga ayah... Terima kasih kerana menjadi ibu dan bapa yang baik untukku... Kalian tiada pengganti.. Tiada yang lain selayak kalian untuk menjadi ibu bapa ku... Kalianlah ibu bapa yang sempurna buatku...

Mama, along amat merindui mama...Semoga mama dan ayah bahagia di sana... Mama, ampunkan segala dosa along, ayah ampunkan segala dosa along...

Mama, moga kita dapat berjumpa lagi di lain alam...Mama..

Al-Fatihah......