Farah Dah Masuk Tadika...! Yeay!!

Seronok jer farah bila nak masuk tadika nih...Hari pertama aku amik cuti...nak hantar farah pegi sekolah..nak tengok reaksi dia..slalu bila lalu tepi tadika mana2, dia akan kata tuh sekolah dia...so sekarang, aku excited nak tengok dia pegi sekolah...

Sampai2 je depan tadika, dia yang bagi salam dulu...

Farah : "Assalamualaikum..."
Cikgu : "Waalaikumussalam.."
Farah : "Cikgu, ada pensel tak?"
Cikgu : (Kerut dahi..xfaham apa yg farah cakap)
Aku : "Pensel.."
Cikgu : "Oh, ada...."

Aku tunggu kat luar, tepi pagar...

Farah : "Mama, pegi la...." (jerit bagai nak rak..mau xmau aku terpaksa blah...aku yang risau terlebih)

Semalam, aku tengok TV AlHijrah...Wardina tetamu Rancangan Assalamualaikum..Pasal bagaimana nak mendidik anak...wardina kata, dia suka hantar dan amik anak dr sekolah...dan masa yang sesuai untuk berborak dengan anak ialah waktu amik anak dr sekolah dan tanya keadaan kat sekolah tadi..yer, aku mengaku, cara tuh yang paling baik untuk kita lebih rapat dengan anak dan tunjukkan bahawa kita berminat nak dengar citer sekolah dia...aku jugak buat benda yang sama..

Aku : "Farah, macam mana dengan sekolah hari ni??"
Farah : "Ok..."
Aku : "Makan apa hari ni??"
Farah : "Bihun..."
(Aku rasa, dah 3 hari berturut2 dia jawab bihun nih...)
Aku : "Farah makan bihun jer, nasi tak makan ka??"
Farah : "Tak makan...kawan2 semua makan nasi lemak..Mama tak beli nasi lemak kat kakak.."
Aku : "La...ok lah, nanti mama beli..xsempat la pagi2 nak beli..." (macam2 la plak request dia nih..)

So, hari ni aku beli nasi lemak kat dia...lauk telur rebus sebelah n kuah kicap..mak datuk..!!! nak tahu bapa RM?? Rm 1.00...mahai nak mampos... cekik darah toi....

Sampai2 jer sekolah, dia terus cakap kat cikgu..

Farah : "Cikgu, kakak bawa nasi,satgi nak makan.."

Macam2 la farah nih...esok xtahu apa pulak request dia...apa yang penting, dia seronok nak pegi sekolah..bila tengok dia colour lukisan..cantik jer...moga farah cepat belajar..mama sayang kamu...

No comments: