Cerita PISANG..

Assalamualaikum,

Jumaat lepas aku hadir ke ceramah bahasa yang dianjurkan oleh BSM. Penceramah dari DBP. Sedikit sebanyak bermanfaat jugak ceramah yang diberikan kepada aku.
Cuma aku tertarik dengan ceramah berkenaan berhubung dengan pantun... Zaman berpantun ni aku hanya kenal semasa di sekolah sahaja... klu sekarang nak suruh buat pantun, em.... merapu meraban ler jawabnya... pantun yang tiada makna, sekadar sama di hujungnya....betul tak???

Ni satu pantun maybe semua org tahu...




Pisang emas di bawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,

Hutang emas boleh dibayar,

Hutang budi di bawa mati.




Penceramah tu cakap, bukan saja2 letak pisang emas... pisang ni boleh tahan lama. Tu yg bawa pegi belayar tuh... pisang emas plak, masak sebiji2. xmasak semua... Tiba2 aku dengar, fairuz berbisik....

Fairuz : em, hidup dah 27 tahun baru aku tau kata pisang emas masak sebijik2...
aku : aku pun sama la...aku hidup 26 tahun xtau...(sambil tengok kanan). Ilyia, tau tak pisang emas masak sebijik2?
Ilyia : aku pun xtau...
aku : em.. ilyia dah hidup 30 tahun pun xtau jugak....
(kami bertiga gelak kikikki...)

Walaupun benda ni remeh, sebenarnya, kita masing2 masih kurang ilmu di dada... Pengalaman tuh penting beb...!

Dulu waktu sekolah2 aku suka berpuisi, bercerpen... sekarang dah tiada idea... banyak koleksi puisi aku..bila baca balik, akukah yang menulisnya...??? macam tak percaya la pulak...kembang hidung...kenyeh nampak gigi....

Nanti aku upload koleksi puisi aku...

Apapun, Bahasa Menunjukkan Bangsa.... Jagalah bahasa kita...jangan sampai ada hati2 yang terguris dengan bahasa kita...ok...?








No comments: