Selalu Ada

Aku selak2 metro tadi. Last2 jumpa puisi ni... Sekadar ingin berkongsi dengan teman..
Klu saper yang kaki berpuitis tuh, maybe bila baca puisi nih, dia faham..
tapi klu bagi yang kureng tuh, xde rasa apa ler...

Sedap jugak bunyinya...

Saat malam tak lagi bicara
aku ternanti-nanti satu bicara
yang akan menghiburku
menghapus segala sedih
saat aku tak kuat
aku ternanti-nanti
tangan yang akan menopangku
menahan aku dari jatuh

Saat airmataku mengalir
aku rindukan seseorang
yang akan mengusap pipiku
kerana tidak rela airmataku terus mengalir

ketika saat segala-galanya hilang
aku ternanti-nanti seseorang
yang akan membuatkan aku rasa dipenuhi.

Aku tahu kerana Dia
semua itu dipenuhi
dan sentiasa akan terjadi
kerana setiap saat bicara-Nya ada untukku
kerana setiap saat tangan-Nya ada untukku
kerana setiap saat aku dalam dalam ingatan-Nya
kerana setiap saat Dia selalu ada untukku

Ila Danies,
Bandar Baru Ampang, Selangor.


No comments: